Saturday, September 29, 2012

ENGKAU BOLEH

ENGKAU BOLEH

Semasa saya bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Johor (2006 - 2008), Jabatan Pelajaran Johor  telah menjalankan beberapa siri KURSUS KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL kepada Pengetua dan Guru Besar. Ianya merupakan lanjutan daripada kursus yang sama yang telah dirintis pada tahun 2005. 

Kursus ini dibuat secara 'survival of living' di HUTAN NEGARA ENDAU ROMPIN - SELAI SEGAMAT selama 3 hari 2 malam; yang sangat mementingkan disiplin diri, ketepatan masa, semangat kerjasama dan semangat juang yang tinggi, serta keyakinan diri. Antara matlamat kursus ini ialah, untuk memantap kepimpinan Pengetua dan Guru Besar ke arah memperkasa pengurusan sekolah supaya lebih berkesan.

Seramai 94.1% Pengetua dan 95.3% Guru Besar telah terlibat dengan kursus ini sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2005 hinggalah diperluaskan ke tahun-tahun 2006 dan 2007. Mereka telah didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran terkini bagi meningkatkan profesionalisme dan memperkasa sikap pemimpin dalam mengurus sekolah masing-masing.

Beberapa corak pengisian aktiviti kursus telah dimuatkan seperti: Ceramah, Perkongsian Pengalaman, Pemantapan Rohani, Penghayatan Alam Semulajadi, Riadah, Rekreasi dan Jati Diri.  Secara 'ilmiah tersirat' kursus ini menekankan kepada 3 DOMAIN kepimpinan instruksional di kalangan Pengetua dan Guru Besar, iaitu:

                                         1. MENDEFINASI MATLAMAT SEKOLAH
                                         2. MENGURUS PROGRAM INSTRUKSIONAL
                                         3. MEWUJUD IKLIM PEMBELAJARAN POSITIF

Penilaian awal yang telah dibuat ke atas para peserta kursus rintis tahun 2005, mendapati bahawa para Pengetua dan Guru Besar telah menunjukkan 'perubahan sikap' yang positif dan tinggi ke arah:   
                                      i. pememantapan visi dan misi sekolah
                                     ii. peningkatan pencapaian akademik
                                    iii. pengawalan pelksanaan P&P
                                    iv. menangani halangan perubahan sikap di kalangan guru, ibubapa
                                         dan masyarakat
                                      

































































Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More