Sunday, April 16, 2017

"PAK21"

  "PAK21"

"PAK21" ialah "PEMBELAJARAN ABAD KE-21". 
Pada hari Isnin 11 April 2017,  aku telah menerima sepucuk surat, meminta aku hadir ke  KONVENSYEN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 NEGERI JOHOR TAHUN 2017, bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tarikh 15 April 2017, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Aku mula mencongak-congak: "Sekarang ni tahun 2017. Abad 21 dah lama memasuki gerbangnya (bermula tahun 2000)." 
Aku juga tertanya-tanya: "Kenapa dah 17 tahun berlalu baru nak diadakan konvensyen PAK21 ni?; tapi kalau dikira-kira, tahun 2017 memang baru saja melangkah ke abad 21, sebab baru 17 tahun daripada jumlah 100 tahun dalam abad 21 tersebut."


Di dalam kepala tergambar nantinya di konvensyen PAK21 tersebut keunikan serta kecanggihan pembelajaran yang akan dipaparkan; sebagaimana tergambarnya keunikan serta kecanggihan kenderaan automobil abad 21 yang telah menerokai pelbagai perubahan sistem dan teknologi. Misalnya perubahan-perubahan sistem: daripada teknologi 'hybrid' masa kini yang mesra alam dan jimat petrol kepada teknologi 'elektrik' dan teknologi 'hidrogen' masa depan yang mesra alam dan tanpa pelepasan pencemaran  (zero- emission).


                                             KERETA ELEKTRIK TELSA MODEL-S
BUATAN AMERIKA SYARIKAT


BAHAGIAN DALAM TELSA MODEL-S



 KERETA ELEKTRIK MODEL DENDROBIUM-13
BUATAN SINGAPURA
(DIJANGKA AKAN DIKELUARKAN PADA TAHUN 2020)




KERETA ELEKTRIK PROTON
MODEL IRIZ EV
(DIJANGKA DIKELUARKAN AWAL 2017)






KERETA HIDROGEN
TOYOTA 'MIRAI'



 BAHAGIAN DALAM KERETA HIDROGEN
TOYOTA 'MIRAI'


Untuk hadir ke konvensyen tersebut dengan 'otak kosong' mengenai PAK21, dan bimbang aku seakan 'rusa masuk kampong' nantinya bila dipaparkan dengan kecangihan-kecangihan PAK21; maka aku mula mencari-cari maklumat PAK21 di internet. Aku baca beberapa artikal mengenai PAK21; antaranya: hasil kerja kursus pelajar UPSI, hasil penulisan ilmiah pegawai KPM, hasil laporan dari pegawai SIP+ dan tulisan guru-guru dalam blog masing-masing. Semua tulisan tersebut memberikan maksud gan gambaran yang sama mengenai PAK21.

Pada tahun 2014 dikatakan PAK21 telah dilaksanakan di beberapa sekolah 'rintis'. Kaedah pelaksanaannya telah dinilai 'menepati' hasrat KPM. Pada tahun 2016 PAK21 telah dilaksanakan di seluruh negara. Hasil pelaksanaan PAK21 tersebut yang dilaporkan oleh kebanyakan sekolah, menampakkan  "keserupaan" dari sudut kaedah pelaksanaannya. Saya beranggapan bahawa kaedah pelaksanaan menjadi 'serupa' di hampir kesuluruhan sekolah adalah kerana kaedah PAK21 yang digunapakai di sekolah-sekolah rintis telah diadaptasi oleh sekolah-sekolah lain.
 

Saya beranggapan bahawa PAK21 yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah setelah sedekad sepatutnya menunjukkan sesuatu yang 'baru' dan 'canggih'; sekurang-kurangnya dalam beberapa aspek tertentu - (sesuatu yang tidak terdapat pada dekad sebelumnya).


Malangnya PAK21 yang dipaparkan dalam konvensyen tersebut (setelah 17 tahun berlalu di abad 21): tidak menampakkan sesuatu yang baru apatah lagi yang canggih jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran seawal tahun 2000 - tidak kagum dan tidak teruja. 


Today, information and communications  technologies (ICTs) infiltrate classrooms around the world at an exceedingly rapid pace.  In the wake of this influx, educators face growing  challenges as they teach a very “wired”—and more  and more “wireless”—generation of students using  technology that is evolving every day.
This white paper helps educators understand  and embrace ICT to create better learning  environments for students. It defines 21st century  students and teachers and presents the challenges  educators face as these students and their  accompanying technology cross the classroom threshold. This paper also presents solutions  to help teachers effectively meet the needs of  these students while preparing them for the  21st century workforce.
 




Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More