MASALAH UTAMA atau MASALAH SEBENAR:
Masalah Utama atau Masalah Sebenar ialah masalah yang sangat penting hingga menyebabkan berlakunya sesuatu ‘kemusnahan’.
Sekiranya masalah ini tidak dikenalpasti dan tidak diatasi maka kemusnahan tersebut akan merebak dan memberikan kesan yang sangat buruk.
Untuk mengesan Masalah Utama tersebut selalunya kita dapat melihat ‘tanda-tanda’ (symptom) kepada masalah tersebut. Oleh itu kita jangan keliru di antara ‘Masalah’ dengan ‘symptom’. Ini kerana jika kita terkeliru maka yang kita lakukan ialah mengatasi ‘symptom’ bukan mengatasi ‘masalah’ yang sebenar. Akhirnya kita rasakan kita telah melakukan banyak usaha mengatasi masalah tersebut dengan berbagai program, projek, aktiviti yang melibatkan banyak wang, masa dan tenaga, TETAPI masalah itu juga tak selesai. Di sinilah pentingnya kita ada kemahiran mengenalpasti Masalah Utama bagi sesuatu simtom.
Misalnya:
Sebuah sekolah yang kotor dengan conteng-menconteng, sampah sarap, meja dan bangku yang dirosakkan ….Apakah Masalah yang sebenarnya bagi sekolah itu? Adakah kesemua ‘vandalism’ tersebut merupakan Masalah? Selalunya orang kebanyakan mengatakan sekolah itu ‘bermasalah’ dengan ‘vandalism’. Maka di atasinya dengan menjalankan program ‘Gotong Royong’ membersihkan sekolah dengan melibatkan murid, guru, ibubapa. Menyewa lori, menjemput orang-orang kenamaan, melibatkan Majlis Tempatan, Bomba, Kesihatan, Polis dan lain-lain ajensi.
Setelah beberapa waktu ‘vandalism’ tersebut berlaku lagi. Mengapa?
Sebenarnya yang telah cuba di atasi ialah BUKAN Masalah Utama tetapi ‘symptom’ kepada Masalah Utama. Serupalah kepada seorang yang ‘sakit kepala’ (kerana masalah ‘darah tinggi’) maka jika yang diberikan ‘panadol’ ia TIDAK akan dapat mengatasi masalah darah tinggi tersebut. Kerana apa? Kerana yang diubat ialah ‘sakit kepala’ (symptom kepada masalah darah tinggi).
Kembali kepada situasi sekolah di atas tadi, banyak berlakunya ‘vandalism’ itu ialah ‘tanda-tanda’ adanya suatu Masalah Utama di sekolah tersebut yang kita ‘tak terlihat’. Oleh itu perlu dikenalpasti apa puncanya maka vandalism tadi ‘terlihat’.
Adakah:
…..kerana rasa tak puas hati para pelajarnya?
Atau ….sikap semulajadi kebanyakan pelajarnya?
Atau ….sistem kawalan yang kurang berkesan?
Atau ….sikap kebanyakan guru yang tidak ambil peduli?
Atau ….sekolah yang tidak cemerlang dalam akademik?
Atau ….sekolah yang terletak di kedudukan terbawah dalam daerah?
Atau ….sekolah yang terletak di kawasan setinggan?
Atau…..Atau…..Atau……bermacam-macam lagi punca sebabnya.
Umpama seorang kapten kapal yang sedang meredah lautan apabila ‘terlihat’ iceberg pasti bergegas mengambil langkah-langkah dan tindakan bagi mengelakkan kapalnya daripada terlanggar iceberg berkenaan; kerana yang ‘tek terlihat’ (bahagian iceberg yang tenggelam di bawah permukaan air laut) itu lah, lebih besar bahayanya yang boleh menyebabkan sesuatu ‘kemalangan’ yang buruk berlaku ke atas kapal tersebut.
Persoalannya dalam berbagai punca sebab berlakunya ‘vandalism’ tadi, YANG MANA SATUKAH yang menjadi Punca Paling Utama?. Ini memerlukan kemahiran sebuah pasukan yang dinamakan “KUMPULAN NGT”
0 comments:
Post a Comment