Sunday, April 16, 2017

ANGAN-ANGANKU TERHADAP "PAK21"

  "PAK21"

"PAK21" ialah "PEMBELAJARAN ABAD KE-21".  
Pada hari Isnin 11 April 2017,  aku telah menerima sepucuk surat, meminta aku hadir ke  KONVENSYEN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 NEGERI JOHOR TAHUN 2017, bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tarikh 15 April 2017, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Aku mula mencongak-congak: "Sekarang ni tahun 2017. Abad 21 dah lama memasuki gerbangnya (bermula tahun 2001)." 
Aku juga tertanya-tanya: "Kenapa dah 17 tahun berlalu baru nak diadakan konvensyen PAK21 ni?; tapi kalau dikira-kira, tahun 2017 memang baru saja melangkah ke abad 21, sebab baru 17 tahun daripada jumlah 100 tahun dalam abad 21 tersebut."


Di dalam kepala tergambar nantinya di konvensyen PAK21 tersebut keunikan serta kecanggihan pembelajaran yang akan dipaparkan; sebagaimana tergambarnya keunikan serta kecanggihan kenderaan automobil abad 21 yang melalui perubahan-perubahan sistem teknologi automobil terkini dan akan datang. Misalnya daripada teknologi 'hibrid' masa kini yang mesra alam dan jimat minyak kepada teknologi 'elektrik' dan teknologi 'hidrogen' masa depan yang mesra alam dan tanpa pelepasan pencemaran  (zero- emission).










KERETA ELEKTRIK MODEL TELSTAR S
BUATAN AMERIKA SYARIKAT








Untuk hadir ke konvensyen tersebut dengan 'otak kosong' mengenai PAK21 dan bimbang saya akan 'seperti rusa masuk kampong' bila digambarkan kecangihan-kecangihan PAK21, maka saya mula mencari-cari maklumat PAK21 di internet. Saya baca beberapa artikal mengenai PAK21 antaranya hasil kerja kursus pelajar UPSI, hasil penulisan ilmiah pegawai KPM, hasil laporan dari pegawai SIP+ dan tulisan guru-guru dalam blog masing-masing. Semua tulisan tersebut memberikgan 'maksud' yang sama.

Pada tahun 2014 PAK21 telah dilaksanakan di beberapa sekolah rintis. Kaedah pelaksanaannya telah dinilai 'menepati' hasrat KPM.. Pada tahun 2016 PAK21 telah dilaksanakan di seluruh negara. Maka  PAK21 tersebut yang dilaporkan oleh kebanyakan sekolah menampakkan  "kesamaan" dari sudut kaedah pelaksanaannya - dengan kata lain untuk melihat kaedah pelaksanaan PAK21 pergilah ke mana-mana SATU sekolah sahaja  (tak perlu pergi banyak sekolah kerana ianya "serupa"). Saya beranggapan bahawa kaedah pelaksanaan menjadi 'serupa' di hampir kesuluruhan sekolah adalah kerana kaedah PAK21 yang digunapakai di sekolah-sekolah rintis telah ditiru 'bulat-bulat', yang sepatutnya diadaptasi oleh sekolah-sekolah lain tersebut - COPY AND PASTE - maaf jika saya katakan begitu.

Saya 'berangan-angan' bahawa PAK21 yang dilaksanakan di sekolah-sekolah setelah sedekad di abad 21 ini,  sesuatu yang 'menakjubkan'; sesuatu yang 'canggih'  dalam aspek-aspek tertentu; sesuatu  yang 'baru' yang tak ada pada dekad sebelumnya. Saya bayangkan menyaksikan PAK21, seumpama saya menyaksikan "Pameran Automotif Abad 21", di mana kenderaan yang dipamerkan lebih moden, lebih canggih, lebih elegan menepati citarasa masa kini dan masa hadapan (sekurang-kurangnya untuk masa satu dekad akan datang), meninggalkan citarasa masa lalu - yang boleh dikatakan sudah ketinggalan zaman.

Cuba bayangkan kecanggihan kenderaan yang dipamerkan itu, misalnya tentang sistem enjinnya, rekabentuknya, aksesorinya, sistem elektroniknya, segalanya baru dan moden menggantikan atau menambaik sistem-sistem yang lama. Kita akan teruja melihatnya dan berbisik dalam hati "wah! ini sesuatu yang sangat baru".

Malangnya PAK21 tidak seperti itu. Tidak teruja dan kagum melihatnya. Setelah menyelusuri dan memahaminya PAK21 seumpama sebuah kenderaan yang 'baru' pada namanya sahaja, sedang pada hakikatnya sistem enjin, aksesorinya, rekabentuknya, sistem elektroniknya adalah masih yang lama hanya sedikit sahaja yang baru - itu pun bukan baru dalam ertikata yang sebenarnya, tetapi baru kerana adanya sedikit elimen penambahbaikan.  


Today, information and communications  technologies (ICTs) infiltrate classrooms around the world at an exceedingly rapid pace.  In the wake of this influx, educators face growing  challenges as they teach a very “wired”—and more  and more “wireless”—generation of students using  technology that is evolving every day.
This white paper helps educators understand  and embrace ICT to create better learning  environments for students. It defines 21st century  students and teachers and presents the challenges  educators face as these students and their  accompanying technology cross the classroom threshold. This paper also presents solutions  to help teachers effectively meet the needs of  these students while preparing them for the  21st century workforce.
 




Thursday, April 11, 2013

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK
(SIWP)
TAHUN 2013




























































































  





























































































Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More