Tuesday, July 26, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SK LEDANG 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SK Ledang telah diadakan pada 27 Julai 2011 di sekolahnya. Ia melibatkan 55 orang guru dan 16 orang staf sokongan. Guru Besar SK Ledang Pn.Hjh.Rosmizan bt Jamaluddin telah menyediakan satu slot kepada Tn.Hj.Jamian bin Jaffar untuk mengisi waktu dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dengan tajuk "RAMUAN BAGI PENDIDIK CEMERLANG". Tajuk ini menekankan tiga ramuan penting iaitu IQ, EQ dan SQ yang mesti ada dalam diri seseorang guru jika hendak menjadi 'PENDIDIK CEMERLANG'.
















































 

Tuesday, July 5, 2011

KURSUS PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN KHAS MUAR/LEDANG 2011


KURSUS PROFESIONALISME GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS DAERAH MUAR/LEDANG 2011
diadakan pada hari Sabtu 9 Julai 2011 bertempat di Dewan SJKC Chin Kwang Wahyu Parit Jawa Muar. Kursus bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dengan slot pertama:
"ETIKA GURU PENDIDIKAN KHAS"
disampaikan oleh Tn.Hj.Jamian bin Hj.Jaffar.
Slot ini menekankan betapa etika kerja cemerlang yang perlu ada pada setiap Guru Pendidikan Khas dalam mendidik 'anak-anak istimewa' supaya mereka mampu mengharungi kehidupan di hari muka dengan lebih bermakna.


























































Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More