Friday, May 6, 2011

TOKOH GURU DAERAH MUAR 2010

Hj.Jamian bin Hj.Jaffar sedang menerima anugerah
'TOKOH GURU DAERAH MUAR 2010'
daripada Y.A.B Tan Sri Dato' Hj.Muhyiddin bin Hj.Mohd.Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
 merangkap
Menteri Pelajaran Malaysia

HJ.JAMIAN BIN HJ.JAFFAR telah dianugerahkan sebagai 'TOKOH GURU DAERAH MUAR 2010' pada 25 Mei 2010 di Komplek Sukan Pagoh Muar. Anugerah    tersebut   telah     disampaikan  oleh  Y.A.B TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD. YASSIN, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

HJ.JAMIAN lahir pada 27 Februari 1952 di Batu Pahat. Bersekolah rendah dari darjah 1 (1959) hingga darjah 4 (1962) di SK Koris Batu Pahat. Kemudian berpindah ke Kluang dan menyambung pelajaran di SK Sri Kampong Tengah Kluang dalam darjah 5 (1963) hingga darjah 6 (1964).

Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kluang (kini dikenal dengan nama SMK Sultan Abdul Jalil Kluang) dalam tingkatan 1 (1965) hingga tingkatan 5 (1969) - Pada tahun 1969  telah berlaku 'Banjir Besar' di sekitar bandar Kluang  yang menyebabkan  ramai yang terkorban.   Peristiwa  banjir  tersebut berlaku  pada  hujung bulan  Ramadhan  ketika umat  Islam sedang bersiap-siap untuk  menyambut   Hari Raya Aidil Fitri. Dalam  trajidi  tersebut seorang  guru  Sekolah Menengah Kebangsaan Kluang yang bernama Cikgu Jalal telah terkorbanapabila beliau pada masa itu  yang berada  di dalam bas,  tiba-tiba  ingin  menyelamatkan seoranganak remaja yang dihanyutkan air deras di bandar Kluang , tiba-tiba beliau juga turut dihanyutkanoleh arus deras tersebut.*

Hj.Jamian seterusnya melanjutkan pelajaran ke SMK Sultan Ismail Johor Bahru dalam tingkatan enam sastera selama dua tahun (1970 -1971). Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya selama 3 tahun (1972 -1974) lulus Ijazah Pertama Ekonomi dan seterusnya membuat pengajian Diploma Pendidikan selama setahun (1975) di universiti yang sama.

Hj.Jamian mula bertugas sebagai Guru Siswazah pada tahun 1976 hingga 1984 di SMK Dato Sri Amar DiRaja Muar kemudian bertukar ke SMK Lenga Muar sebagai Guru Penolong Kanan selama 5 tahun (1984 -1988). Seterusnya beliau bertukar ke SMK Bukit Gambir Muar sebagai Guru Penolong Kanan (Tingkatan Kanan A11) selama 3 tahun (1988 - 1990).

Seterusnya beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Bakri Muar pada tahun 1991. Pada tahun 1994 dengan usaha beliau dan kerjasama semua pehak , terutamanya guru-guru SMK Bakri beliau telah menukar nama SMK Bakri kepa SMK Tun Dr.Ismail Bakri Muar di mana nama tersebut kekal hingga sekarang.

Beliau bertukar jawatan sebagai Ketua Sektor, Sektor Kemanusiaan di PPD Muar mulai 16 Jun 1995 (hanya untuk tempoh 6 bulan). Kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengetua DG48 di Sekolah Menengah Teknik Muar mulai 1 Jan 1996. Beliau berada selama 5 tahun di sekolah tersebut (sehingga 2000). Seterusnya bertukar ke Sekolah Tinggi Muar mulai 1 Jan 2001 hingga 16 Jun 2001.

Selepas berada di Sekolah Tinggi Muar beliau dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Segamat mulai 16 Jun 2001 hingga Jun 2003. Kemudian beliau ditukarkan ke Muar sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Muar mulai Jun 2003 hingga Jun 2006. Seterusnya beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Johor mulai Jun 2006 sehingga beliau bersara pada 27 Februari 2008.


Hadirin sedang mengangkat Ikrar Hari Guru


Hj.Jamian dan isteri (Pn.Hjh.Mazidah)


Biodata Tn.Hj.Jamian sedang dibacakan


Tn.Hj.Jamian sedang menerima cenderamata "Tokoh Guru"


Bergambar kenangan bersama TPM dan tetamu










0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More